Ingatan
Ditanah
ini terciptanya sebuah sejarah
Peristiwa
yang membawa kepada seribu satu erti
Jerih-perih
insan terdahulu
Menjadi
lambang gapaian kebebasan
Tanah
dijajah wujud pelbagai punca
Antara
kekayaan bumi dan perluasan kuasa penjajah
Faktor
keagamaan dan ekonomi turut menjadi penyebab
Menjadikan
perih kepada warganya
Kemerdekaan
yang digapai
Peliharalah
ia
Jangan
menyiakan pengorbanan mereka terdahulu
Antara
nyawa dan pengorbanan bukan halangan
Demi
satu tujuan mereka bangkit
Melihat
generasi mendatang hidup aman sejahtera selamanya.

No comments:
Post a Comment