Doaku
Ya Allah,
Betapa diri ini mensyukuri akan nikmat Mu
Memberikan upaya untuk tetap menyedut udara Mu
Memberikan pancaindera untuk terus mengagungkan Mu
Ya Allah,
Begitu indah susun atur dan perancangan Mu keatas hamba-hamba Mu
Walaupun seringkali diri ini mempersoalkan mengapa diatas sesebuah kekecewaan
Namun, engkau tetap mendatangkan jalan dan ruang kepada ku
Ya Allah,
Ku akui, Engkau adalah tuhan Yang Maha Mengetahui
Ya Allah,
Kupohon agar disetiap derapan kakiku, disetiap dengupan
jantungku dan disetiap aliran
darahku akan sentiasa dirahmati oleh Mu
jantungku dan disetiap aliran
darahku akan sentiasa dirahmati oleh Mu
Kerana ku tahu, Engkau adalah sebaik-baik Pencipta.
No comments:
Post a Comment